Sunday, 23 October 2016

RAHSIA JACK MA (PEMILIK ALIBABA) - MEMBONGKAR BAGAIMANA MAHU MELIHAT NILAI SESEORANG ITU

Mr. Jack Ma - Pemilik Alibaba
Adalah sangat jarang mereka yang berada dalam bidang Perniagaan/Keusahawan ini punyai ilmu atau yang sanggup belajar ilmu-ilmu berniaga secara detail dan mengambil bidang ini serius sebagai karier.

Kebanyakan yang berminat dengan bidang ini adalah mereka yang terperangkap dengan pekerjaan 9-5 setiap hari yang dahagakan Kebebasan Masa dan Kewangan.

Pun begitu, untuk menjadi seorang Peniaga/Usahawan 40 jam di tempat kerja, hujung minggu bersama keluarga, dengan tekanan bil eletrik, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan sebagainya dilihat agak mustahil.

Ingat tak slogan Adidas, “Nothing Is Impossible!” yang bermaksud Tiada Apa Yang Mustahil.
Untuk menjadikan impian seorang Peniaga baik yang bekerja dari rumah jadi kenyataan, pengorbanan diperlukan untuk sampai ke tahap yang di impikan.

Di Amerika Syarikat, Biro Buruh melaporkan statistik seorang dewasa menonton televisyen setiap hari adalah selama 2.8 jam.
Bercerita mengenai Pengorbanan, MASA HIBURAN adalah yang harus dikorbankan untuk menjadi seorang Peniaga/Usahawan terutama jika masih lagi baru dalam bidang ini.

Masa 2.8 jam ini boleh digunakan untuk mengasah skill Ilmu Berniaga. Belajar daripada buku, bergaul dengan mereka yang sudah berjaya, video, webinar, hadiri seminar Peniaga/Usahawan dan sebagainya.

Bak kata Mr. Jack Ma:
“Untuk Mengetahui Nilai Seseorang Adalah Dengan Melihat Apa Yang Dilakukan Setelah Punch Out Daripada Pejabat. Adakah Dia Menambah Nilai Dengan Mengasah Skill atau Menolak Nilai Dengan Berhibur? Kalau Hanya Pandai Merungut, Sampai Bila Nak Berjaya? Berhenti Merungut, Ubah Gaya Hidup Sekarang!”.
Jadi ia bergantung kepada diri sendiri, sejauh mana mahu berjaya dan percayalah impak 2.8 jam yang digunakan untuk belajar dan menimba ilmu itu sangat besar terhadap masa depan seorang Peniaga/Usahawan.

Artikel ini bertujuan berkongsi dan mengajak Tuan-Tuan/Puan-Puan, Saudara/Saudari di luar sana untuk Mengubah Gaya Hidup yang lebih baik bermula dengan Menambah Nilai Pada Diri masing-masing!. Walaupun bermula dari yang kecil dimata masyarakat.

Yang penting WAJIB dimulai dari SEMALAM!

Jadi, Stay Tuned!

SHARE THIS POST
(Jika Anda Rasa Bermanfaat Kepada Yang Lain)


Anda Juga Mungkin Berminat: