Friday, 4 November 2016

PENDUDUK MALAYSIA CECAH 41.5 JUTA PADA 2040

POPULASI RAKYAT MALAYSIA
Putrajaya: Penduduk Malaysia diunjur meningkat kepada 41.5 juta orang pada 2040, berbanding 28.6 juta pada 2010, kata Jabatan Perangkaan dalam laporan Unjuran Penduduk Malaysia (semakan semula) 2010-2040.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu, peningkatan penduduk adalah perlahan dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010 kepada 0.8 peratus pada 2040.

“Purata kadar pertumbuhan penduduk berkurangan 0.05 peratus setiap tahun."

Menurut Jabatan Perangkaan, Bumiputera menunjukkan peningkatan peratusan tertinggi, 4.8 peratus iaitu daripada 67.3 peratus pada 2010 kepada 72.1 peratus pada 2040.

Nisbah jantina pada 2010 adalah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan, meningkat kepada 108 pada 2020 dan tidak berubah sehingga 2040.

PASARAN SANGAT LUAS!!
Jabatan Perangkaan berkata struktur umur penduduk pula boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan umur muda (0-14 tahun), kumpulan umur bekerja (15-64 tahun) dan umur tua (65 tahun dan lebih).

"Umur penengah pada 2010 adalah 26.3 tahun meningkat kepada 38.3 tahun (2040) iaitu peningkatan 12 tahun bagi tempoh 30 tahun," katanya.

Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada 2020 iaitu apabila peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih, mencapai 7.2 peratus.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2016 @ 10:57 PM
(BERNAMA)

JUGA DISYORKAN UNTUK ANDA: